Thursday 16 May 2013

Jadinya

Jadinya perlu berfikir sejenak,
Perlu digodam sebelum berkata,
Supaya tiada yang merasa,
Kau mengerti biar saja kau,
Libatkan lain satu kekhilafan,
Jadinya biarkan terpinga,
Tanpa ada yang mengerti,
Apa yang terlubuk dihati,
Mungkin kau merasa, dia?

Jadinya kesimpulan dapat disimpulkan.
Pastikan sesuatu sebelum bertindak lebih.
Kemudian merana dek kerana hampa.
Namun jika hampa, bangkit nanti dia merana.

p/s ; salah langkah, hati terpinga.

Monday 15 April 2013

kaku

Langkah kaku menuju kejayaan,
Aku masih ragu ragu bila mahu melangkah.
Masih terpinga-pinga mencari kesedaran.
Sampai bila harus begini?
Perlakukan diri umpama tiada apa.
Kosongkan jiwa dan minda muatkan dengan ilmu.
Dulu belasan kini tingkat puluhan.
Dimana kematangan?
Harus ada halatuju dihujung.
Pandang jauh kesana bukan setakat esok hari.
Hapus sifat malas bila mana mahu keuntungan.
Usah fikir seloka kemudian nanti fikir juga sesaknya kemudian hari.
Harapan jangan cuma tinggal angin.
Kabulkan agar bahagia orang tuamu.

Sunday 14 April 2013

hukum karma

Adakah aku dibohongi?
Mengapa acapkali aku sering terasa begini?
Laluan hidup yang entah kemana
Mencari dunia tidak apatah lagi dunia abadi
Mungkin perkara sebelum yang telah ku perlakukan
Kini aku yang merasakan.
Aku lalai dalam menjaga tertibku apatah lagi tertib terhadapNYA

Saturday 13 April 2013

Ketenangan

Puas mencari mana silap aku,
Apa salah aku
Apa dosa aku
Lalu hati tersentuh dek kerana kehadiran.
Kehadiran sebuah anugerah mungkin,
Yang bisa mengubah aku untuk dekat kepadaNYA
Yang sekian lama ku tinggalkan tanpa rasa membuak untuk fikir itu satu dosa
Lantas kehadiran beliau
Membuat aku berfikir sejenak
Merenung sejauh yang tiada batas kejauhannya
Apakah aku sedar kesilapan aku suatu masa dahulu
Yang sibuk mencari dunia tanpa hiraukan hari kelak
Tidakkah aku mahukan ketenangan yang abadi?
Tidakkah aku mahukan pahala?
Adakah selama ini dosa itu satu yang membanggakan?
Jahil yang tanpa kau sedar  itu satu kerugian.
Tidakkah aku mahukan ilmu?
Ketawa riang hal dunia?
Harusnya aku fikirkan ketakutan untuk bertemu ilahi dek kerana perbuatan dunia.
Harusnya kelak yang perlu diingat bagi muhasabah diri.
Justeru itu langkah mencari ketangan aku pilih.
Dek kerana ingin membimbing beliau, menjadi ketua beliau, menjadi imam beliau, menjadikan beliau yang sah buat diriku, untuk aku belai, untuk aku lalui perih getir kehidupan hanya bersama beliau.
Lantas aku berubah.

Saturday 5 November 2011

MAAFKAN AKU


sing by ; went
lyric by ; me
producer ; muhaimin

lirik MAAFKAN AKU

terdiam ku di sini
saat kau berpaling dariku
terduduk ku termenung
menanti kehadiranmu
kembali.......kembali

aku tahu semua itu salahku
kerna menduakan dirimu
maafkan diriku
kerna ku tak bisa menahan
hatiku......hatiku

ohhh
maafkan diriku
kerna menduakan dirimu
aku masih mencintaimu
janganlah kau pergi
lepaskan diriku ini

maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku
aku masih mencintamu

ohhh
maafkan diriku
kerna menduakan dirimu
aku masih mencintaimu
jangan kau pergi
lepaskan diriku ini
lepaskan
lepaskan kuu

maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku
aku masih mencintamu
mencintaimu
 

Sunday 19 June 2011

hawaii night dinner !


time ni best gila..
aku nyanyi lagu inilah cinta kottt..
hehehehehe..
banyak lagi gambar tapi malas punya pasal satu jela yang ada..
apa-apa pun alfis-khidir-adila-farahin dan tak lupa bro terbaikk asyraf dan meme..
korang the best tak lupa kak rima.. MAMPUUUU!!

Sunday 8 May 2011

i'm just new with it

the reason i create this blog is just because i wanna wish my mom a happy mother's day
that's all but after that i feel like just fun with it then i will keep up this blog and start to express all my feeling that i can share with you people or maybe some of my lyrics that i wrote a long time ago and put it in here just to share.

that's all for now gtg.......