Puas mencari mana silap aku,
Apa salah aku
Apa dosa aku
Lalu hati tersentuh dek kerana kehadiran.
Kehadiran sebuah anugerah mungkin,
Yang bisa mengubah aku untuk dekat kepadaNYA
Yang sekian lama ku tinggalkan tanpa rasa membuak untuk fikir itu satu dosa
Lantas kehadiran beliau
Membuat aku berfikir sejenak
Merenung sejauh yang tiada batas kejauhannya
Apakah aku sedar kesilapan aku suatu masa dahulu
Yang sibuk mencari dunia tanpa hiraukan hari kelak
Tidakkah aku mahukan ketenangan yang abadi?
Tidakkah aku mahukan pahala?
Adakah selama ini dosa itu satu yang membanggakan?
Jahil yang tanpa kau sedar itu satu kerugian.
Tidakkah aku mahukan ilmu?
Ketawa riang hal dunia?
Harusnya aku fikirkan ketakutan untuk bertemu ilahi dek kerana perbuatan dunia.
Harusnya kelak yang perlu diingat bagi muhasabah diri.
Justeru itu langkah mencari ketangan aku pilih.
Dek kerana ingin membimbing beliau, menjadi ketua beliau, menjadi imam beliau, menjadikan beliau yang sah buat diriku, untuk aku belai, untuk aku lalui perih getir kehidupan hanya bersama beliau.
Lantas aku berubah.
Saturday, 13 April 2013
Ketenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment